Wednesday, 16 December 2015

Homemade Sardin - Periuk Noxxa

Assalamualaikum.... apa khabar semua?.. Masak ape?. ude ni baru je habis diploma.. now, dok rumah je.. cari rezeki dengan buat kek. Disebabkan duduk rumah, so mcm biasalah.. Hari hari kene masak. Smpai kadang2 tu dah tak ade idea nak masak apa.

Pagi pagi tadi mama dah wassep. Mama suruh buat sardin ikot resepi dalam facebook mama.. Jadi, menjelang je tengah hari.. ligatlah tanganku didapur... Mesti semua nak tau mcm mana resepinya tu sampaikan ude boleh update blog even tengah masak.. kehkehekeh....

so.... ini resepinya.....

HOMEMADE SARDIN USING NOXXA.

Bahan-bahannya: 

8  ekor ikan sardin (dibuang kepala dan ekornya)
5  bawang merah
3  ulas bawang putih
1  tsp tepung gandum
1/2  botol sos tomato 
1/4  cup minyak masak.
Garam dan gula secukup rasa.
Air secukupnya

** saya guna - suku cawan sos cili + 3 biji tomato (sebab x ada sos tomato)
                      - air asam jawa sedikit

Cara-caranya :

1. panaskan minyak dalam periuk noxxa. 
2. Tumiskan bawang putih, bawang merah, cili api (kalau suka pedas)




3. Masukkan semua bahan yang lain.
4. Tekan HP selama 30 minit. 
* kalau tulang masih belom lembut, tambah lagi 30 hp :)

senang je kan... lepas siap ni, masukkan la dalam tin.. simpan dalam peti ais tau .... 


No comments:

Post a Comment